Mentari
terik menegak tinggi di dada langit. Sayyidah Humaira menyeka keringat
yang membasahi urat keningnya. Dia mengatur langkah bersama sahabat
karibnya, Fatimah menuju ke sebuah restoran. Pertemuan telah di atur
olehnya bersama Muhammad Afnan, seorang pengarah syarikat penerbitan
buku. Manuskrip yang telah dihantarnya sebulan lalu, mendapat respon
yang baik daripada Syarikat Mutiara Hati Sdn Bhd.
“Enti janji dengan Afnan pukul berapa?” Soal Fatimah yang sedang membetulkan tudungnya.
“Ana bagitahu dia datang pukul 3.00 petang. Tapi kita dah terlambat 15 minit ni. Harap-harap dia belum datang.”
“Kalau dia dah datang pun biarlah. Bukan kita sengaja kan? Train tu haa lambat sampai.” Rungut Fatimah.
Setelah
hampir beberapa minit berjalan, akhirnya kami tiba ditempat yang telah
dijanjikan, Restoran Ala Kampung. Kelibat Afnan dan Suffian, yang juga
merupakan rakan sekelasku sewaktu sekolah dahulu sudah kelihatan.
Suffian melambai-lambai tangannya kepadaku.
“Assalamualaikum.” Tuturku lembut.
“Waalaikumussalam.” Jawab Afnan dan Suffian serentak.
“Maaflah
En. Afnan, Suffian. Terlambat pulak.. Train datang lewat tadi.” Aku
merasa bersalah kerana membuatkan mereka terpaksa menungguku dan
Fatimah.
Aku dan Fatimah mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan mereka berdua.
“Eh, takpe
Humaira. Kitorang pun baru sampai. Tak sangka aku dapat jumpa kau.
Rupanya kau kenal bos aku.” Ulas bibir Suffian mengukir senyuman.
“Ana baru je kenal En. Afnan. Sebulan lepas masa ada seminar penulisan di Shah Alam.” Terang aku.
“Nak order apa? Makan?” Afnan menyoal sambil matanya mengerling sekilas kepadaku.
“Err, jus
epal . Ana dah kenyang. Fatimah?” Tutur aku sambil mengalihkan
pandangan mata ke arah Fatimah. Fatimah hanya menggelengkan kepalanya
tanda tidak mahu mengorder makanan.
Afnan
bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke kaunter yang terletak
disudut hujung restoran tersebut. Selang beberapa minit dia datang
kembali.
“Kau kerja apa sekarang Humaira? Penulis?” Soal Suffian memecah suasana.
“Ana kerja di Rumah Anak-Anak Yatim Nur Raudhah di Bangi. Mengajar agama. Penulis ni sampingan je. Sebagai hobi.”
“Cikgu la
ni?” Riak wajah Suffian kehairanan. “Bro, kalau kau nak tahu, Humaira ni
masa sekolah dulu pemalu sangat. Dengan lelaki dia memang tak tegur.
Kitorang memang tak berani tegur dia, nampak macam sombong.” Cerita
Suffian kepada Afnan.
“Tak
percaya ana boleh jadi cikgu? People changed Suffian. Eh, ana kenalkan
ni Fatimah, kawan sekerja di Nur Raudhah.” Aku mengukir senyuman.
“Bro, tadi bukan main kau cakap banyak, tiba-tiba kau diam kenapa? Takkan terpesona kot?” Ucap Suffian kepada Afnan sambil dibibirnya meniti hilai tawa.
“Mengarut la kau ni Suffian!” Afnan seakan menggelabah.
“Ok, kita
terus kepada perbincangan lah. So, macam mana En. Afnan dengan manuskrip
ana?” Aku mengubah topik. Bimbang akan berlarutan kepada perkara yang
sia-sia.
“Saya dah
baca, pihak editor pun dah setuju untuk terbitkan buku Cik Humaira.
Bulan depan Cik Humaira boleh datang ke pejabat saya. Kita akan
bincangkan mengenai buku yang bakal diterbitkan. Dari A sampai Z la.”
Terang Afnan.
Kelibat
seorang pelayan wanita semakin menghampiri ke meja kami. Ditangannya
terselit sebuah dulang yang terisi dengan makanan yang telah dipesan
sebentar tadi.
“Baiklah, insyaALLAH.” Tutur aku.
“Humaira, ko nak pergi mana lepas ni?” Soal Suffian.
“Kitorang terus balik kot lepas ni. Kenapa?”
“Ha, bolehlah Afnan hantarkan nanti.” Suffian menjeling Afnan.
“Eh, tak apa. Kitorang boleh balik sendiri.” Aku menolak secara baik. Rasa kurang manis pula apabila orang melihat nanti.
Setelah
selesai membincangkan tentang manuskrip hasil kerjaku itu, kami meminta
diri. Aku membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah, kerana cuti
sekolah bakal bermula selama seminggu. Manakala Fatimah singgah dahulu
ke Nur Raudhah untuk mengambil barang-barangnya yang tertinggal.
***
Tepat jam
8.00 malam aku sampai di rumah yang terletak di Kajang. Tidak jauh
sebenarnya dari Nur Raudhah, tempat aku menabur bakti. Sudah hampir
setahun aku mengajar di rumah anak-anak yatim itu, setelah aku tamat
pengajian di UIA.
“Kurus anak umi sekarang.” Sapa umi kepadaku.
“Umi! Humaira dah cukup gemuk ni mi.” Aku merengek.
“Ye lah tu. Dah, pergi mandi. Nanti lepas solat, turun bawah. Baba dan umi ada nak bincang sesuatu.”
“Baiklah mi.”
Aku
mengatur langkah ke kamar. Baba, panggilan manja ku kepada abah. Entah
apa yang baba dan umi nak bincangkan, aku berteka teki sendiri. Mengenai
pengajianku barangkali. Tamam pengajian ku di UIA, aku ada menyatakan
hasrat kepada baba, ingin menyambung pengajian ke Jordan pula. Kata
baba, sebaiknya aku berkerja dahulu, mengutip sedikit pengalaman. Aku
tahu, baba bimbang mahu melepaskan aku ke negara orang. Tambahan lagi,
hanya aku seorang yang umi dan baba miliki. Tuala yang tersangkut rapi
aku gapai, berlalu ke kamar mandi untuk mensucikan diri.
Usai solat, aku memanjangkan langkah turun ke ruang rumah di bawah. Kelibat baba dan umi sudah menunggu di meja makan.
“Maaf mi, baba. Lama tunggu Humaira ek?”
“Tak apa. Duduklah.” Jawab baba tersenyum.
“Baba, mi cakap baba nak bincang sesuatu. Apa ba?”
“Kalau ye pun jom kita makan dulu. Sejak bila anak baba ni dah pandai tak sabar-sabar?” Baba tersengih.
“Mi, tengok baba ni. Humaira nak tahu je.” Aku memuncungkan bibir.
“Dah-dah. Tak baik buat muka macam tu depan rezeki. Kita makan dulu.” Umi menyelit.
Setelah
selesai makan, aku menolong umi mencuci pinggan dan mengemas ruang
dapur. Baba sudah berlalu ke ruang tamu, menonton TV. Seusai itu, aku
dan umi berganjak menuruti jejak baba.
“Ha, baba!
Sekarang dah selesai makan. Cepatlah beritahu hal apa yang baba nak
bincang tu?” Aku melabuhkan kedudukan bersebelahan baba.
“Budak ni, dah besar tapi macam budak kecil lagi. Manja!” Tegur baba sambil ketawa.
“Sayang, nanti kalau baba dan umi cakap jangan terkejut.” Umi menyampuk.
“Baba dan umi ni buat Humaira suspen je. Cakaplah.” Aku kehairanan.
“Ada orang nak sunting Saiyyidah Humaira.” Tenang baba memberitahu.
“Hmm, sebenarnya kan mi, baba. Humaira nak sambung belajar dulu. Jordan tu macam mana?”
“Lepas Humaira nikah, baba izinkan Humaira pergi belajar.”
“Siapa?” Soal aku.
“Anak kawan umi, Ustazah Musliha.” Jawab umi.
“Baba dengan umi macam mana?”
“Ikut Humaira la.” Baba memandangku.
“Kalau Humaira, baik pada umi dan baba, Humaira tak ada halangan.”
“Jadi Humaira terima?” Soal baba seolah tak berpuas hati.
“Ye, Humaira terima.”
Ulas bibir umi dan baba menguntum senyum.
***
“Anak makcik ni tak macam kamu Humaira. Beruntung makcik kalau dapat menantu macam kamu.” Ustazah Musliha menyusun kata.
Setelah
diterang serba serbi, baru aku tahu bahawa Afnan rupanya anak Ustazah
Musliha. Sungguh kecil dunia ini. Itulah aturan ALLAH. Seorang yang
berkerjaya, berpewatakan menarik, miliki segalanya. Namun, jauh dari
ALLAH. Pelik bukan, sedangkan ibu bapanya seorang ustaz dan ustazah.
Kuasa ALLAH, jika DIA tak beri hidayah maka akan terumbang ambing la
umat manusia itu.
“Makcik, saya terima lamaran ini. Tapi dengan syarat.”
“Apa Humaira? Kamu nak cincin emas 2 bentuk ke?”
Aku
tersenyum. “Makcik, kilauan emas tu akan hilang dan pudar warnanya di
telan waktu. Saya tak perlukan semua tu. Cukup maharnya sekadar senaskah
al-Quran. Dan tiba di hari pernikahan, saya nak Afnan serahkan al-Quran
yang habis dibacanya 30 juzuk itu pada saya.”
“InsyaALLAH, nanti makcik sampaikan pada dia. Jadi Humaira betul-betul bersetuju ni?”
“Baba dan umi izinkan saya terima Afnan, jadi saya juga terima.”
“Terima kasih nak.” Tutur Makcik Musliha sambil jemarinya erat menggenggam jemariku.
Setelah
tamat majlis serba sederhana itu, aku berlalu ke dapur, menolong ibu
mengemas saki baki pinggan mangkuk yang telah digunakan.
“Umi bangga dengan anak umi.”
“Kenapa umi cakap macam tu?”
“Humaira tak menyesal terima Afnan? Sedangkan Humaira boleh memilih lelaki yang jauh lebih baik dari Afnan.”
“Kenapa baba dan umi terima Afnan sebagai calon suami Humaira?”
“Sebab dia perlukan Humaira.”
“Atas
sebab itulah Humaira terima dia. Humaira tak menyesal mi. Humaira tahu,
Afnan perlukan seseorang untuk mengisi jiwa dia yang kehausan ilmu ALLAH
tu. Humaira anggap ini amanah dari ALLAH. Pasti ada sebabnya kenapa
ALLAH kirimkan Afnan untuk Humaira.”
“Agak-agak Afnan boleh tunaikan syarat Humaira tu?”
“Kita tunggu dan lihat jela mi.” Aku tersenyum.
***
Pantas
masa berlalu, sepanjang tempoh persiapan majlis, tidak sekali kami
bertutur bicara, apatah lagi bersua muka. Jika ada hal yang dia
inginkan, hanya dengan baba dan umi yang dia temui. Entah bagaimana
agaknya dia menyambut syarat yang aku tetapkan itu.
“Humaira, jom turun. Ustazah Musliha datang tu.”
“Baik mi.”
Tersedar dari lamunan setelah umi menyapa, lantas itu aku terus mengenakan tudung dan turun ke bawah.
“Macam mana, dah bersedia nak jadi isteri?” Bakal ibu mertuaku menyoal.
“InsyaALLAH makcik.” Aku hanya mampu terseyum.
Debarnya
tetap terasa. Malam ini selepas isya’ aku bakal dinikahkan oleh baba
sebagai waliku. Ya ALLAH, moga dipermudahkan segalanya. Namun aku masih
menunggu “penyerahan”
al-Quran daripada Afnan. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Aku meminta
diri untuk berlalu ke kamar. Majlis pernikahan ini hanya dibuat
kecil-kecilan sahaja. Kata baba, kenduri nanti baru nak jemput ramai
kenalan lain. Untuk hari ini hanya saudara-mara dan jiran terdekat
sahaja yang menjadi tetamu. Teringat perbualan dengan Fatimah semalam,
“Enti nak kahwin?”
“Yelah.”
“Dengan siapa?”
“Enti datang majlis ana nanti, enti tahu la. Datang tau!”
Sukar
percaya, itulah reaksi Fatimah. Aku juga tidak menyangka secepat ini aku
akan bergelar isteri orang. Namun aku yakin dengan setiap yang telah
DIA tetapkan.
“Assalamualaikum.”
Sapaan satu suara menghentikan lamunanku. Aku menoleh ke pintu.
“Fatimah! Eh, masuklah!”
“Berangan ke?”
“Eh, enti ni. Ada pulak. Terima kasih tau datang.” Kami bersalaman.
“Dengan siapa ni enti nak nikah?”
“Ala, enti tunggu je lah malam ni. Nanti enti saksikan sendiri.” Aku tersenyum.
“Ada-ada enti ni tau. Eh, umi enti suruh enti siap-siap apa yang patut.”
“Yelah.”
***
Tepat jam 9.00 malam aku sah menjadi isteri
kepada Muhammad Afnan. Hanya tampil dengan baju melayu silver, dan aku
hanya berjubah juga yang senada warnanya. Alhamdulillah, hanya itu yang
terlafaz. Airmata kesyukuran mengalir lembut membasahi pipi, wajah umi
dan baba aku tatap. Riak gembira jelas sekali terpancar di wajah mereka.
“Tahniah sayang.” Ucap umi sambil memelukku erat.
“Humaira! Enti dengan…? Apa-apa pun tahniah!” Melopong mata Fatimah apabila mengetahui yang Afnan kini sah menjadi suamiku.
Usai itu, aku berlalu ke dapur. Mencari segelas air, tekak sudah kehausan minta diisikan air.
“Terima kasih.”
Aku menoleh, kelibat Afnan menghampiriku.
“Terima kasih untuk apa Afnan?”
“Janganlah panggil Afnan. Tak macam suami awak pun.”
“Err, ok. Abang. Kenapa ucap terima kasih?”
“Sebab terima abang.”
“Ha, kalau ikut syarat, abang belum tunaikan lagi tau! Mana al-Quran yang abang patut bagi pada saya tu?”
“Abang
taknak kasi. Sebab abang berubah kerana ALLAH, bukan kerana nakkan
Humaira. Kalau abang serahkan al-Quran pada Humaira, itu bererti abang
hanya berubah kerana Humaira. Sekarang abang nak tanya, kenapa Humaira
terima abang?”
“Sebab abang tak bagi al-Quran tu pada saya la.” Aku tersenyum.
Aku
menyambung. “Saya percaya, yang abang betul-betul berubah kerana DIA,
bukan kerana nakkan saya semata-mata. Lagipun saya terima lamaran abang
kerana saya anggap abang mungkin amanah dari ALLAH untuk saya. ALLAH
hadirkan seseorang yang kehausan ilmu dan kasih sayangNYA untuk saya,
agar saya boleh isikan jiwanya itu dengan ilmu yang saya ada.”
“Alhamdulillah. Terima kasih sayang. Sememangnya Humaira jodoh dari ALLAH untuk abang.”
“Kasih abang diterima. Mulai sekarang kita sama-sama kemudikan bahtera yang kita bina ni agar kukuh dalam pelayarannya ok?”
“InsyaALLAH.”
Senyuman kami berpadu. Terima kasih ALLAH. Sungguh perancanganMU penuh dengan rahsia.
*EnD*
No comments:
Post a Comment