Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”,
Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,
Sembilan bulan nak. Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana
pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana
kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.
Saat itulah.. saat yang paling membahagiakan.
Segala sakit dan derita hilang melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimha syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.
Anakku..
Apabila ibu bolah memilih, "apakah ibu tidur lena, atau bangun tengah malam untuk menyusuimu?"
Maka ibu memilih untuk menyusuimu..kerana dengan menyusuimu ibu akan membekalkanmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga.
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu mecantumkan puzzle”
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,
Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayakanlah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang.
Percayalah nak..
Sepi dan ranamu... adalah sebahagian duka ibu..
Percayalah nak..
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu..
Buat followers,
-Hazwani Anuar-
No comments:
Post a Comment