Saturday 5 December 2015

Kita Adalah Apa Yang Kita Kongsikan

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya mempunyai seorang kawan yang memang selalu boleh diharapkan untuk mencadangkan buku yang bagus-bagus untuk dibaca.
Seorang lagi rakan saya pula, bukan sahaja sentiasa tahu apa perkembangan terbaru dalam dunia kamera, malah dia sangat yakin dengan setiap apa yang dia rekemenkan.
Jika diperhatikan, memang ada sesetengah orang sentiasa suka berkongsi link artikel atau sesuatu ilmu / idea yang bagus dan sangat bernilai untuk dibaca.
Tapi bagi kebanyakkan orang lain pula, mereka masih lagi teragak-agak dan segan.
“Bagaimana jika orang lain tak sukakannya..”
“Nanti orang lain cakap aku bajet acah-acah bagus & alim pulak..”
“Nanti jadi riak dan menunjuk pulak..”
The fear of being judged adalah sangat ketara dalam budaya orang kita. It’s typical Malaysians, terutamanya orang Melayu.
Ada beza sebenarnya berkongsi benda yang baik dan berkongsi dengan niat menunjukkan. Kita semua boleh nampak dan rasakan.

Zaman sekarang kita hidup dalam budaya yang sentiasa berubah-ubah.

Dan budaya ini ditentukan oleh pemikiran-pemikiran (idea/ilmu) yang kita gunapakai, dan dengan siapa kita pilih untuk kongsikan.
Berkongsi idea atau ilmu yang kita ketahui adalah perkara yangpaling sangat baik hati dapat dibuat untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik.
Budaya yang kita akan tempuhi dalam kehidupan bulan seterusnya, adalah hasil daripada apa yang kita semua kongsikan pada hari ini.
The things we share and don’t share determine what happens next.
Ia memerlukan keberanian untuk berkata, “Aku telah baca ini dan kau pun patut baca ni jugak..”
Ya, keberanian untuk mengambil peduli tentang budaya diri kita (dan juga rakan-rakan kita) untuk maju ke hadapan dan mencapai sesuatu.
InsyaaAllah bila kita share benda baik, kebaikan itu sendiri akan datang kepada kita.
Do you care to share this?
-Inche Naim.

Sunday 13 April 2014

Chatting vs Texting

بسم الله الرحمن الرحيم

Hana memasukkan nama dan kata laluan. Akaun Skype miliknya terpampang di skrin komputer. Matanya melilau mencari friend yang sedang online. Sebuah nama mencuri perhatiannya. Dia tersenyum.
                                                         
Hana    : Atok ! study ar. Online manjang.
Yusuf   :  Sejak bila aku kahwin dengan nenek kau?
               Haha. Tengah study add Math ni. Depan lappy~
Hana    : Tadi ada orang tu rajin. Siram pokok bagai..
Yusuf   : Eh mana tau ni? Ko lalu depan rumah aku ke?
Hana    : Yup. On the way nak pergi Mid..
Yusuf   : Tak singgah ? =p
Hana    : Takmo lah. Tadi aku dengan family. Tak pasal2 pulak mak ko ingat aku datang nak
              meminang kau. Haha.
Yusuf   : Haha. Tetibe pulak aku segan *(tutup muka pakai bantal)
Hana    : Gedik gila..haha =D Ok ar, mama panggil.
              Sambung lain kali =)
             Salam, kawan.


            Hana Naziha. Seindah namanya, indah juga orangnya. Sekali dia tersenyum sudah cukup untuk membuat orang lain cair. Barisan giginya tersusun rapi. Kemas. Hana juga memiliki intelektual yang tinggi. Ditambah pula dengan kesopananya, dia layak menyandang gelaran `Perempuan Melayu Terakhir`.
           
            Yusuf? Toksah cerita. Ramai perempuan tergila-gilakan Yusuf. Dia merupakan anak Melayu kacukan Itali. Anak matanya perang, hidungnya mancung dan berbadan tegap. Meskipun berpakaian simple, dia kelihatan cukup kacak. Yusuf juga seorang yang bijak, setanding dengan Hana. Yusuf seorang yang pemalu. Dia hanya memiliki seorang kawan perempuan iaitu Hana.

            Hana dan Yusuf merupakan kawan baik di alam maya tetapi malu-malu apabila di sekolah. Walaupun Hana kelihatan happy-go-lucky, tetapi hakikatnya Hana mempunyai masalah keluarga tersendiri. Yusuf bertindak menjadi pendengar yang setia. Begitu juga dengan Yusuf. Mereka seringkali berkongsi suka duka di alam Skype, Twitter, Facebook mahupun mesej.

*********************************************************************************
            
            Hana memandang Yusuf dengan wajah marah. Yusuf tidak mempedulikan Hana. Dia terus merayu kepada Allah agar diampunkan dosanya. Air mata Yusuf bercucuran laju seolah-olah air sungai yang mengalir deras. Keadaan sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi.

            “ Ya Allah. Aku tak bersalah!” Yusuf melutut. Bersungguh-sungguh dia memohon ampun. “ Tapi dia !,” jarinya menghala kearah Hana. “ Dia yang selalu mengajak aku berbual perkara yang sia-sia. Lepaskan aku, Allah…”

            Hana menempelak. “ Tidak, Allah. Bahkan dia juga bersalah! Dia tak pernah mengingatkan aku untuk meninggalkannya. Lepaskan aku, ya Allah. Aku mohon keampunan Engkau..”, Hana merintih.

            Suasana di mahsyar ini sangat huru-hara. Maing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mahkamah pengadilan-Nya sungguh menggerunkan. Ia seolah-olah pementasan drama yang ditonton oleh semua manusia. Penelitian terhadap setiap amalan hamba-hambaNya sungguh halus.

            “ Cukup !” Satu suara menghentikan kata-kata mereka. “ Tiada erti kamu berbalah di sini. Segala perbuatan kamu di dunia telah tercatat di kitab itu. Masuklah ke dalam neraka dan rasakanlah pembalasan Allah. Sesungguhnya kamu berdua termasuk dalam kalangan yang rugi kerana telah melanggar batasan ikhtilat (pergaulan) yang telah Allah tetapkan”.

            Tina-tiba Hana terjaga daripada tidur. Peluh dan air mata membasahi bajunya yang berwarna biru. Dia beristighfar panjang. Mimpi tadi masih bermain-main di fikirannya. Hana termenung. Adakah Allah sedang member teguran kepadanya?


Hana    : Apa kata kita stop chatting? J
Yusuf   : Tetibe je ni.. Kenapa? Aku buat salah ke?
Hana    : Mana ada kau buat salah
Yusuf   : Habis? Tetibe je. Alaa… kata kawan~
Hana   : Sebab kita kawanlah, kita kena stop buat benda lagha ni.
               Betul tak ? Aku nak kita kawan sampai syurga J
               Tak nak ar aku jadi penyebab kita masuk neraka. Naudzubillah.
Yusuf   : Hmm.. betul jugak. So, kita stop je ar. Tapi still kawan, kan?
              Kawan sampai syurga J
Hana    : Insya Allah. Semoga Dia redha J

                                                               Tamat~

Secebis nota daripada hati :
“….Kemudian pada hari kiamat sebahagian kamu akan saling mengingkari dan saling mengutuk. Dan tempat kembalimu ialah neraka, sama sekali tiada penolong bagi kamu”
[Ankabut : 25]


Bertaubatlah selagi belum tiba hari penyesalan bagi orang-orang yang berdosa.
Jangan diremehkan kecilnya dosa kerana dosa yang kecil boleh membawa ke neraka.
Hati yang tidak terkesan dengan peringatan ialah hati yang mati.
Wallahu a’lam J

Saturday 4 January 2014

Layakkah aku digelar "muslimah"?




بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, dia bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman. Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka. Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)


Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.





Monday 16 December 2013

Andai aku mati sekarang.




بسم الله الرحمن الرحيم

Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?

Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
ibuku,
ayahku,
adikku,

Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa.
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu.

Ya Rabb…
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku. Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku.
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati, bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku  jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya.
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah…
dan
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidupku.
Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan pernah kehabisan.
Aku memohon ampunkanlah segala debu dosa kekhilafan.
Aku memohon berilah kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan.
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu.
Aku memohon terimalah segala amalanku.

"Hanya untuk meraih kasih sayangMu...
               

Tuesday 25 June 2013

Tunggu saya di syurga tau..?

heaven
''Aku nak Syurga Allah bukan hanya dibibir. Tapi dengan usaha.''
insyaAllah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kau kata nak masuk syurga. jom!
*aku terkedu.
lar, jom la ambil wuduk. solat. asar dah masuk ni. antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.
aku tersenyum. mengatur langkah menuju ke bilik air. kedinginan wuduk terasa membasahi muka. alhamdulillah. asar hari ini masih sempat aku jumpa.
kami duduk satu bulatan.
kawanku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….sayu suaranya mengalunkan bacaan.
malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.
sambil memotong sayur, azah bercerita. Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan baik habis. kita pun kena contohi baginda Rasulallah.
kata nak masuk syurga. serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.
Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Azah memeluk erat bahuku. “jaga diri.ingat pesan Allah. ingat pesan Rasul. umi abah. kata nak masuk syurga. kena jadi anak solehah”. pesannya sambil tersenyum memandangku.
tiba tiba keadaan bertukar menjadi sayu. aku tengok mata azah bergenang.
“kenapa ni? la, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.
azah tersenyum. dia mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.
setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku. erat. dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, azah berkata, “ingat tau, kita masuk syurga sama sama”.
aku tersenyum sambil mengangguk.” insyaAllah, Azah.” kataku.
dan dia meneruskan perjalannya ke kuliah. aku juga.
tengahari itu aku rasa tak sedap hati. sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.
sebaik saja tiba di rumah, telefon bimbitku berbunyi. lantas aku angkat.
“hello,may i speak to miss adilah”
“yes, adilah speaking.”
“miss adilah, please come to hospital right now. your friend, miss Azah is in critical condition”
dan selepas itu semua yang ku dengar macam angin lalu.
aku tengok Azah begitu tenat. kata jururawat di situ, azah dilanggar sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. katanya lagi pemandu lori itu mabuk.
Allah. lemah seluruh anggota badanku. demi Azah, aku kuatkan semangat.
aku mengajar azah mengucap dua kalimah syahadah, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya mengikut apa yang aku sebut.
tepat jam 5 petang Azah menghembuskan nafasnya yang terakhir. peluh memercik di dahi Azah.
alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.
Dan saat itu saya baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari azah pukul 10 : 00 pagi tadi ;
“adilah, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu,jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”
tekak terasa berpasir. dada sakit menahan sebak. apa pun yang terjadi saya kena lepaskan dia pergi. janji Allah itu pasti.
Azah. tunggu saya di syurga. saya akan berusaha. untuk ke sana.
*bergenang airmata*







Thursday 6 June 2013

Di mana DIA di hatiku?

Cukuplah DIA dihatiku :)




بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?


Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… 

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “Siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”


Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.


“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”


“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.


“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat kisah-kisah itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”


Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya keranaNya? Tegakah aku membenci juga keranaNya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?


Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.  Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”


Dia menangis dan menjawab, “Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” 

Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…


Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”


Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.






Diambil dari buku : DI MANA DIA DIHATIKU.


Sunday 2 June 2013

Poyo. Sila tunjuk. Bukan menunjuk-nunjuk.



poyo




بسم الله الرحمن الرحيم

Berbicara soal agama, dikata poyo.

Bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Poyo!
Solat. Poyo!
Berusrah. Poyo!
Baca al-quran, pergi kuliah agama, mengajak manusia berbuat baik. Semuanya poyo!!
Apa jua yang berada dalam kategori agama, segelintir daripada kita memandang rendah. Pandang sahaja sudah rendah, bertambah pula dengan merendah-rendahkan orang. Kritikal~
Jika ada seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, lalu dipeluk dan diciumnya anak itu… apakah yang akan kita katakan?
Jika ada seorang bapa yang gemar menasihati anak-anaknya.. apakah yang akan kita katakan?
Katalah apa sekalipun. Tetapi ingat. Jangan kita herdik, caci maki, persendakan, marah, dan melakukan dengan perkara-perkara yang tidak molek. Kerana, kita semua adalah milik-Nya. Belajarlah redha dengan meredhai-Nya terlebih dahulu. Juga redha dengan agama-Nya dan Nabi-Nya. Pakej!
Bagi yang pernah terkena, dan pernah merasa, dan ada pengalaman sebegini.. rileks. Jangan kita berputus asa. Tuhan tidak suka. Bila Tuhan tidak suka, sudah jauhlah rahmat-Nya. Bilamana sudah jauh dengan rahmat-Nya, agak-agak layak ke kita jadi ahli syurga-Nya?
Bangkitlah IMAN!!
Memang, Tuhan jadikan kita dengan adanya tujuan. Tetapi, disebalik tujuan itu.. tersingkapnya hikmah untuk kita meneruskan legasi kehidupan.
Kenapakah Tuhan pilih kita untuk hidup di akhir zaman?
Erm…
Sebab Allah itu Maha Hebat. Lalu, dengan kehebatan-Nya, ia menciptakan kita di akhir zaman ini.
Dan… ?
Dan, Allah Maha Hebat ingin mengajar dan mendidik kita supaya menjadi insan yang hebat. Biar tidak sehebat superman, batman, spiderman, facebookmen, twittermen,  dan bla.. bla.. bla…
Itu bukan ukuran.  Andai semua itu menjadi keutamaan, buang sahajalah IMAN di dalam diri itu.
Pada fasa kehidupan yang memuncak ini, kebaikan itu perlu ditunjuk dengan bersulamkan IMAN. Jika para ibubapa tidak menunjukkan sifat murni dan kebaikan kepada keluarga, rosak. Jika jiran tetangga tidak merealisasikan kebaikan, masyarakat hancur. Sebarkanlah kebaikan, walau diserang ujian kemanusiaan. Tunjukkan kebaikan, agar nanti keburukan tersungkur dan mengakui kehebatan kebaikan.
Kita pamerkan kebaikan, adalah kerana agama itu milik-Nya.
Usah kita menunjuk-nunjuk, dek kerana ingin mengejar gelaran keduniaan. Semua itu boleh mengundang kebinasaan akibat daripada keegoan dan kehendak diri yang tidak puas menganggu. Turutkan segala kehendak yang tersasar, sama sekali kita ikut telunjuk syaitan. Tergamakkah kita?
Jadi, sila tunjukkan kebaikan. Bukan menunjuk-nunjuk dengan bersebabkan keduniaan.
                                                                      poyo moyo

-HazwaniAnuar