Saturday 29 September 2012

Maafkan Saya ~



 



بسم الله الرحمن الرحيم والسلام

Awak.. Maafkan saya.. bukan saya tak nak contact awak..
tapi.. saya lebih suka contact dengan Allah swt. 

Sebab Allah balas dengan sebuah ketenangan,
Tapi awak hanya dengan ungkapan cinta..

Awak.. maafkan saya.. bukan saya tak nak luangkan masa untuk awak,
Tetapi.. saya lebih suka.. luangkan masa bersama Allah swt.. 

 Sebab saya merasakan, saya dekat sangat dengan Allah swt,
tapi.. kalau dengan awak.. saya takut akan terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..

Awak.. maafkan saya, bukan saya tak mahu luahkan isi hati saya pada awak..
tapi.. saya lebih suka meluahkan isi hati saya pada Allah swt.. sebab ape?
Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu ape.. yang terbaik buat saya..
tapi.. kalau saya luahkan awak pada awak, saya bimbang hati saya akan berpaling daripada Allah swt..

Awak.. maafkan saya, bukan saya tak mahu ungkapkan rasa sayang itu pada awak,
tapi saya lebih suka ungkapkannya pada Allah swt..

Sebab saya tahu Allah akan membalasnya dengan sebuah kebahagian..
tapi awak hanya mungkin dengan ungkapan sayang sahaja.

Awak.. maafkan saya, bukan saya tidak mahu pandang awak
ketika kita mula berbicara.. tapi saya lebih suka menundukkan pandangan..
sebab ape? Sebab seorang muslimah itu haruslah tidak memandang dan tidak dipandang.. saya tak mahu awak berdosa dan saya juga, tidak mahu menanggung dosa..

Awak.. maafkan saya.. jika tidak dapat membahagiakan awak..
Sebab kasih sayang saya pada awak tidak boleh
melebihi kasih sayang saya pada Allah swt..

Awak.. saya tak kisah kalau awak nak kata saya tidak berperasaan..
Saya tidak kisah juga, jika awak nak kata saya ini kolot.

Dan saya juga tak kisah jika awak hendak tinggalkan saya..
Saya menerima dengan senyuman kerana saya tahu.. Allah swt sayangkan saya dan awak..

Dan dari situ, Dia menyalurkan kekuatan dan ketabahn di dalam hati saya untuk menerima segalanya dengan redha..
 

Saya yakin dengan hikmah yang tersembunyi.. walaupun kasih sayang saya terhadap awak terputus, tapi kasih sayang saya pada Allah swt.. tidak pernah terputus.. 

Saya merasakan diri saya sekarang sentiasa dekat dengan Allah swt walaupun pelbagai ujian yang harus ditempuhi..
 

Saya juga berharap awak pun begitu.. :) kerana cinta bukan milik kita..


Aku sayang kamu dengan caraku tersendiri. Jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu. Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan, aku memilih untuk tidak berhubungan. Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu. Jika memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk tidak merinduimu…
Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka???

Kerana engkau belum tentu menjadi milikku. Aku lebih senang bertemu Pelindungku, aku lebih suka berhubungan dengan Kekasihku dengan berdoa, aku lebih suka mengingati Dia yang sering mengingati ku, aku sayang kamu tapi aku lebih sayang Dia…

Terima kasih kerana memahami caraku. moga Allah redha dengan caraku ini :)





Aku tak mampu menjaga cinta INi .. karena Allah SEbaik-baik nya Penjaga .. Ku Serahkan Pada-Nya dan Biarkan ia indah Pada Waktu yang Ditentukan-Nya







Ikhlas dari qalbu,
-HazwaniAnuar-





Bukan tidak boleh bercinta, Tapi...

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah :)


بسم الله الرحمن الرحيم والسلام

Adik : Erm.. abang, boleh adik tanya sedikit?

Abang : Boleh. Silakan…

Adik : Adik sudah habis SPM, dan adik ada seorang kenalan perempuan.

Abang : Oh, jadi?

Adik : Jadi… erm, sebenarnya adik ada menaruh harapan padanya. Kami sudah kenal hampir dua bulan dan dia sangat rapat dengan adik. Bolehkan abang jika kami bercinta atas suka sama suka. Tiada paksaan  Dan adik mahu hidup berteman seperti rakan – rakan yang lain.

Abang : Boleh abang bertanya?

Adik : Silakan…

Abang : Kenapa perlu bercinta?

Adik : Sebab itu sebahagian daripada sifat manusia. Dan manusia memang perlukannya. Betul?

Abang : Betul. Tapi bagaimanakah dengan persiapan adik terhadap cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw?

Kami terdiam dan soalan tidak berbalas dengan jawapan. Jawapan tidak diberi, tidak mengapa. Apa yang pasti, pemahaman erti kehidupan perlu di sapa. Biar sedikit, itulah titian – titian menuju ke bukit. ‘Broga Hills’ mungkin~

Cinta itu sifatnya fitrah. Tidak boleh buang seperti sampah. Tetapi, silapnya cinta dipandang ‘enteng’ bagai sampah. Bila ditanya berkenaan cinta, bulat – bulat kita kaitkan dengan asmara.

Asmaradana atau asmaramerana?

Bagi yang sedang menjalinkan cinta dengan ikatan ‘tidak SAH’ seharusnya perlu ditanya terlebih dahulu bagaimanakah dengan persiapan cinta kita terhadap Allah swt dan Rasulullah saw? Kerana Allah swt dan Rasulullah saw adalah yang pertama dan utama.

Imam Syafi’ berkata, “Bukankah kita sudah ikrarkannya (syahadah)?”

Sedarkah kita bahawa, lafaz syahadah adalah lafaz cinta. Tandanya ialah, kita telah menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah dan Rasulullah. Kita akan berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasulullah.

Bukan tidak boleh bercinta, tapi….

Bukan tidak boleh bercinta, tapi… semak dahulu diri kita. Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan cinta?

Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu dinamakan cinta?

Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu dinamakan cinta?

Mari, muhasabah diri. Agar nanti, diri tidak kecundang seperti ‘gagak yang melepaskan tahi’. Mari perbaiki diri, kerana cinta bersifat suci.

‘Aku bercinta, tetapi solat, aurat aku memperlekehkannya.’

‘Aku bercinta, tetapi berkenaan keluarga aku tidak ambil peduli. Hati ayah dan ibu, sering aku sakiti.’

‘Yaa Allah, satukanlah kami. Jangan ada sesiapa yang menganggu kebahagiaan kami.’

‘Rinduku seperti oksigen yang dirimu sedut selalu.’

Ada yang percaya dengan adanya usaha dan doa, Tuhan pasti akan terima. Tetapi, ada juga yang tidak yakin dengan tuntutan – tuntutan Islam. Contohnya, Allah swt menyatakan bahawa solat itu akan mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar. Tetapi, kita buka minda sahaja. Sebaliknya hati dibiarkan tertutup. 

Selain itu, Nabi Muhammad saw telah berpesan supaya kita berpuasa. Tetapi, kita berpuasa kerana lapar dan dahaga sahaja.

Bagi yang menjalinkan ikatan cinta secara ‘tidak SAH’, umpakan hubungan cinta yang ‘tidak SAH’ itu seperti syubhat. Syubhat itu yang akan menimbulkan keraguan dan akan mengheret kita ke lereng – lereng neraka. Jadi, jaga – jaga!

Akhir kata, nasihat ini bukan untuk membangga diri. Tetapi untuk bermuhasabah diri. Hidup di dunia ini perlu hati – hati, tidak boleh ‘semberono’ mengikut kehendak diri. Jika mampu merasa nikmat cinta dunia, tetapi tidak mampu merasa nikmat cinta Allah dan Rasul-Nya, pasti ada silapnya.

Selamat berbahagia.





Tulus dari,
-HazwaniAnuar-
Cinta Allah dahulu, baru Cinta manusia~ 
 



Friday 7 September 2012

Kisah seorang Bayi sebelum kelahirannya :)

Pemandangan paling indah di bawah bentangan langit berbintang adalah melihat seorang Ibu yang bahagia.




بسم الله الرحمن الرحيم والسلام

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Adalah dikisahkan.. pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan Cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka ?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu ?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi: ”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti ?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan Cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


Siapakah yang mencintaiku dan akan mencintaiku selamanya dengan cinta yang tak mungkin lenyap oleh kesulitan, penderitaan dan kejahatan yang kuperbuat? Orang itu adalah Ibumu :')





yang tulus ikhlas,
-Hazwani Anuar-
*Terharu* dgn pengorbananmu ibu :')
Terima Kasih ummi, ibu, mother :)