Thursday 21 February 2013

Wahai Para Wanita.. TAHUKAH ANDA bahawa :

Bila pagar mahkota itu lesap. 
maka mudahlah Si kumbang itu hinggap.


بسم الله الرحمن الرحيم

(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu..

(2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu­.. semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu..

(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak! Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari, apalagi keelokan tubuhmu..

(4) Bayangkanlah.. betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya diumbar di hadapan ribuan.. bahkan jutaan para lelaki?

(5) Jika Anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamim.. maka Anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah..

(6) Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat.. dan di akhirat kelak.. bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam!

Semoga bermanfaat.. Salam santun ukhuwah..








Dear Hawa, Smoga kita bkn dikalangan itu,
-HazwaniAnuar-

Tuesday 19 February 2013

Wahai Muslimah.. Kamu Jatuh Cinta?

Akan ku jaga Cinta ini selayaknya kepada Pencipta Cinta, dari penerima Cinta..


بسم الله الرحمن الرحيم


Allah temukan dengan blog seorang ukhti yang membicarakan soal cinta. Begitu tepat sekali perasaan itu. Begitu tepat sekali setiap kata yang dibicarakan. Kerana inilah yang dirasakan jiwa seorang muslimah sejati, kerana andai benar peganganmu, maka yang dirasakan bukanlah debunga rindu yang bertebar di udara, bukanlah membiarkan diri hanyut dalam kepalsuan sementara, melainkan untuk dipulihkan hatinya menuju redha Ilahi. Hayatilah.. Wahai seorang muslimah.. Selamat berjuang dengan hatimu.. Semoga hatimu tertaut pada kasihNya melebihi jentikan rasa yang belum tiba masanya buatmu..

Dan ketahuilah, sebenar-benar cinta ialah cinta yang membawamu ke gerbang syurga, bukan menarikmu ke lembah nafsu semata.. Tanyalah imanmu, di mana letaknya cintamu pada Yang Maha Esa? Di mana pula ruang selayaknya untuk cinta antara manusia? Tepuk dada, tanya iman.. Jangan tanya pada nafsu.

Andai terasa sukar membunuh rasa, maka berpuasalah. Sesungguhnya puasa itu mencegah diri dari melakukan perkara terlarang, membendung hati dari lemas dalam bisikan syaitan. Tujukan cintamu padaNya, nescaya Allah pelihara dirimu sebaiknya wahai muslimah... Biarlah cintamu semahal harga dirimu, biarlah cintamu tidak disentuh jiwa-jiwa yang berdusta dalam bicara manisnya. Peliharalah cintamu ♥ Kerana dirimu begitu berharga :)




* Inilah bingkisan yang ana baca dari blog ukhti - Sumber Utama

Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.

Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan!

Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari Rabbmu.

Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu.

Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja.

- Yang Latifah











Create from ukhti Iera Hanna-
-HazwaniAnuar-

♥ Senyum Dalam Tangisan ♥



بسم الله الرحمن الرحيم

Adakalanya.. Seteguh hati seorang wanita.. Sisi rapuhnya masih tersisa.. Masih menekan segenap jiwa.. Kadangkala, hati rasa keseorangan.. Gundah gulana memikirkan masa depan.. Sarat di minda dengan amanah yang harus digalas.. Rasa tak terpikul di bahu kecil ini..

Inilah hakikat seorang wanita.. Di mana pada wajahnya masih terukir senyuman.. Walau jauh di sudut hatinya menangis hiba.. Acapkali di bibir sahabatnya bertanya khabar hati, lalu dijawabnya dengan senyuman.. Walau bergenang di tubir mata.. Masih tersenyum dalam tangisan..





Susunlah langkahmu ke arah cermin itu.. Dan tersenyumlah dikau pada dirimu.. Renunglah disebalik setiap kepahitan yang tergambar dari senyumanmu.. Renunglah disebalik jasad bernyawa yang hilang seri senyumannya.. Biarkan air mata itu mengalir sederasnya andai itu yang membuat hatimu mampu.. Biarkan pandanganmu berlabuh pada tulusnya matamu membicarakan sayu.. Kerana saat itu hati tak mampu menipu.. Bersaksikan Tuhanmu..

Fahamilah mengapa permata di sekelilingmu bertanyakan khabarmu.. Kerana mereka dapat merasakan kesedihan disebalik raut wajah yang tersenyum hiba.. Walau tiada bicara yang terluah.. Puas merenung ke dalam cermin itu..? Lalu hadiahkanlah senyuman terakhir buat dirimu.. Niatkanlah dalam hatimu.. "Andai ini yang terbaik dari Allah buat diriku, maka aku redha.. Kerana aku juga mengharap redhaMu Ya Allah.." Dan... Mungkin di lain masa, saat menatap kembali wajah disebalik cermin, mungkin tiada lagi senyuman hiba, mungkin saja senyuman itu penuh redha mengharap rahmatNya, mungkin saja senyuman itu senyuman bahagia yang sudah lama dirinduinya ♥

Wahai mawar agama di luar sana yang tabah hatinya.. Yang bibirmu masih dipaksa rela untuk mengukir senyuman.. Yang matamu masih menyembunyikan derita.. Yang kudratmu masih digagahkan untuk terus berjuang pada jalanNya.. Yang pasak imanmu masih tak tergugah dek arus dunia.. Moga Allah sentiasa melindungi jiwa-jiwa teguh ini.. Kerana kamulah bakal penghuni syurga, bakal bidadari yang akan menghiasi JannahNya 

Senyum dalam kesedihan
adalah suatu ketabahan
Menangis dalam kepayahan
adalah suatu kesabaran
Gembira dalam keredhaan
adalah suatu ketenangan
Mensyukuri pemberian Allah
adalah suatu nikmat kebahagiaan

- SeindahCintaIslam










Dari Saya,
-HazwaniAnuar-

Layakkah Aku Menjadi Da'ie?






بسم الله الرحمن الرحيم

Terbit satu persoalan di hati.. Layakkah diriku menjadi dai'e suatu hari nanti? Hati sudah berazam, cuma usaha masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Jauh lagi perjalanan, jauh sangat kalau nak dibayang. Salah satu post random yang dibaca sedikit sebanyak membuat hati terpukul, tersentak, terjentik. Katanya....

Kau bukan seorang dai’e,
kau suka buang masa,
main game, movie dan berfacebook berjam-jam lamanya,
kau tidak ada kerja  lain ke???

Kau bukan seorang dai’e,
susah sangat nak tepati masa,
berkali-kali lambat datang halaqah muka kau selamba je,
cipta alasan untuk mengelak memang kau nombor 1 orangnya...

Kau bukan seorang dai’e,
mutabaahmu*  tonggang langgang,
Qiammu langsung kau tak jaga, tilawahmu ala qadar sahaja,
dhuhamu langsung kau lupa,
zikirmu penghayatan langsung tiada,
mentang-mentanglah murobiyah tak mintak dan tak tanya,
kau abaikan je  tanpa rasa tanggungjawab diri sendiri.

Kau bukan seorang dai’e,
bangun pagi sangat liat gamaknya,
lepas subuh tu sambung tidur semula,
bangun lewat mengalahkan bukan dai’e pula...

Kau bukan dai’e,
kebersihan kau tak reti jaga,
pakaian kau nampak selekeh sahaja,
jadual pun kau tak ada,
urusanmu serabut tak tentu hala...

Kau bukan seorang dai’e,
andai perasaan sendiri kau tak  boleh kawal,
suka menyalahkan dan bersangka-sangka,
ukhuwah jadi lintang pukang kau kerjakan,
manakan rasa manisnya???

Kau bukan seorang dai’e,
andai merajuk tak tentu pasal,
tarik muka semacam je,
kau jadikan ukhuwah macam kuah,
mana perginya cinta kepada saudara seislam kerana Allah????

Kau bukan seorang dai’e,
saudara seislam pun kau tak concern,
mc'd, milo kau main bedal je,
cuba boikot  susah sangat ke?
tak kasihankah kau dengan mereka kat sana?

Kau bukan seorang dai’e,
kerja tarbiyah suka buat ala qadar je,
preparation suka last minute belaka,
 prgram tak berjaya nak salahkan sapa???
diri sendri jugalah kau salahkan sepatutnya,

Kau bukan seorang dai’e,
dah tahu satu jemaah buat la kerja  sama-sama,
kenapa nak buat seorang diri je,
push la yang lain untuk buat sama,
bagi faham sama-sama,
agar semua dapat merasa,
jangan nak salahkan orang je....

Kau bukan seorang dai’e yang seperti mula-mula ditarbiyah dahulu, kau dah berubah setelah lama ditarbiyah, keselesaan berada dalam saf telah membuatkan kau leka dan terlupa…
tahukah kau makin tinggi pokok kau panjat maka makin kencang angin yang bertiup dan pokok bergoyang,
berpeganglah kau pada pohon itu sekuat yang kau mampu, walau taufan dan ribut yang melanda tetaplah tegar kau berpegang padanya, agar  kita tetap bersama berjuang mempertahankannya… berbuatlah walau kau merasa berat sekalipun..

Berubahlah kau wahai dai’e 



*Pesan ini santai saja, tapi terus menusuk. Bagus. AllahuAkbar!





Layakkah aku digelar Da'ie?
-HazwaniAnuar-

Thursday 14 February 2013

Sahabat ..


بسم الله الرحمن الرحيم

Saya bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar 
Membenarkan segala kata-kata Rasulullah
Hingga digelar As-Siddiq


Saya tak sebaik beliau
Menyembunyikan kesakitan 
Hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar.


Saya bukan sahabat seperti Ali,
Bicaranya penuh hikmah
Kebijaksanaannya diakui Rasulullah
Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah
Hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya.

Saya bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab
Hatinya cair kerana bacaan Al-Quran

Saya juga tak seberani dia
Digelar Al-Faruq
Kerana ketegasannya dalam menjaga agama
Sedangkan saya?

Saya bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman
Hingga Rasulullah sanggup menyerahkan dua puterinya
Kepada insan bergelar Zunurain ini.

Sahabat,
Mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga

Sedangkan saya..
Masih terkontang-kanting dalam membentuk diri
Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak
Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada saya
Sebab diri saya tak maksum
Maafkan saya andai ada silap dan salah.”







Ikhlas saya,
- Hazwani Anuar -
Sahabatmu ..

Sunday 10 February 2013

CANTIK cara Islam ..

Setiap yang Allah ciptakan semuanya indah-indah. Jika tiada yang memandang indah, tidak perlu berasa gundah. Kerana Allah memandang amal dan taqwa, bukan kecantikan fitrah :)


بسم الله الرحمن الرحيم

 1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik
  • Cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk.
  • Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri.
  • Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdoa

2. Untuk menghilangkan stress

  • Perbanyaklah pergerakan yakni solat.
  • Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
  • Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan doa.

3. Untuk pelembab AGAR AWET MUDA

  • SENYUM ^_^  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati.
  • Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', “Allahuma Kamma Ahsanta Khalqii FaAassin Khuluqii” maksudnya : Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindah pula akhlaqku. (HR Ahmad) -Doa tengok cermin-

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik

  • Bisikkan kalimat-kalimat Allah
  • Tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain
  • Tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing

  • Amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.
  • Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari.
  • Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri

  • Sebarkan salam dan sapaan.

CANTIK itu bersifat subjektif kepada kaum wanita. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Tetapi cukup lah bila kita sentiasa cantik di mata Allah kerana DIA yang lebih layak menilai kecantikan kita yang sebenar..
Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak kita cantik
Wallahua’lam..






Ikhlas, saya
-Hazwani Anuar-