![]() |
Helaian demi helaian buku itu diselak. Tiba-tiba sampul surat berwarna biru, jatuh dri satu helaian yg diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan sampul surat itu "UNTUK SEORANG SAHABAT". Hati tertanya-tanya, siapa empunya surat itu? Hmm, mungkin seseorang yg meminjam buku sebelumya tertinggal surat di dalam buku ini. Namun, hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas yg berwarna putih itu...
******************************************************
"UNTUK SEORANG SAHABAT"
Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada diwaktu awak susah dan senang. Saya sentiasa disisi awak diwaktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak semangat, agar awak lebih mengenali siapa diri awak yg sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum, dikala awak sepi. Saya selalu memujuk awak, klau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak akan pernah putus. Suatu hari nanti, pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat, tapi.. kadang-kadang sahabat itu yg membuang saya. Dari sini, saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan. :')
Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus terang.. kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yg boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yg sebenar. :')
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yg diperolehi dari pembacaan...
Kalau satu hari awak menangis.. Beritahu saya. Saya tak janji nak buat awak tersenyum. Tapi, saya boleh menangis bersama awak. Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagitau saya. Saya tak janji nak bagi awak penyelesaian.. Tapi, awak boleh kongsi dengan saya. Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, bagitau saya. Saya bukan nak halang awak. Tapi... saya boleh temankan awak, dan menjaga awak. :')
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak. :')
Tapi.. kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul-muncul.. mungkin... di saat itu Allah lebih memerlukan saya. Saat itu juga, saya pula perlukan 'hadiah' PERSAHABATAN ikhlas dari awak..
Pertemuan dan pengakhiran kita ini juga bukan kehendak saya..
Tapi atas kuasa dan takdir dariNya..
Yang mungkin punya perancangan yang indah di sebaliknya..
♥ Saya nak awak tahu saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan..
Cukuplah saya sebagai peneman awak..
Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak..
Tapi, sekurang-kurangnya saya bisa meringankan bebanan awak ♥
Tapi atas kuasa dan takdir dariNya..
Yang mungkin punya perancangan yang indah di sebaliknya..
♥ Saya nak awak tahu saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan..
Cukuplah saya sebagai peneman awak..
Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak..
Tapi, sekurang-kurangnya saya bisa meringankan bebanan awak ♥
Dan awak adalah.. Sahabat, dunia dan akhirat saya. :')
***********************************************
Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu kedalam sampulnya. Biarlah surat itu didalam buku itu.. agar setiap insan yg membaca buku itu dapat membacanya isi surat itu. Kerana surat itu, bukanlah rahsia hati seseorang..Tetapi, rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan... :')
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal..
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin..
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan. :')
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal..
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin..
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan. :')
Ikhlas dariku,
-Hazwani Anuar-
Buat sahabat-sahabatku..
Hargailah sahabat itu, selagi ia msih ada. :')
No comments:
Post a Comment