Saturday, 6 April 2013

Allah, jaga hatiku baik-baik :')

بسم الله الرحمن الرحيم

"Aku tak cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal kehidupan aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya." 

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat. Hmm, jangan begitu !



Sedih hati ini melihat sahabat2 yang merana terseksa kerana menunggu cinta yang tidak sampai. Kerana mengejar bahagia cinta dari seseorang. Mengapa perlu kita kejar bahagia yang kita tidak nampak itu sedangkan Allah sentiasa setia menunggu kita ? Allah sentiasa menunggu untuk kita curahkan cinta padaNya, Dia sentiasa ada untuk kita bahagia. 

Tapi kita? terus pergi berlari meninggalkanNya kerana mengejar cinta 'dia', mahupun membawa diri kerana terluka dek kerana cinta dia. Memang ramai pernah rasakan dan lalui semua itu. Hati ini juga pernah kononnya terluka. Tapi besar manalah sangat luka dan kecewa itu, jika kita bandingkan dengan  kejamnya diri kita tidak sedikitpun cuba untuk mencintai ALLAH..? Kita marah bila dia curang pada kita, tapi pernahkah kita fikirkan, pernahkah kita membalas Cinta Allah ?



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Pilu hati ini melihat mereka yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. 


Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta yang sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Tak kenal dosa pahala.

Memang saya akui, sebagai remaja memang ada rasa ingin menyayangi dan disayangi kerana saya juga seorang remaja. Tetapi ingat sahabat-sahabat sekalian, cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. 


Sahabat sekalian, kenapa saya luahkan bicara berkaitan hati? 

Kerana hati adalah organ tubuh dan iman yang paling penting. Hebatnya hati boleh menghancurkan Iman kita. Lemahnya hati dengan bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu. Jagalah hati dengan sebaik-baiknya. Iman yang bertambah, datangnya dari hati yang tetap mencintaiNya. Datang dari hati yang diserahkan sepenuhnya padaNya

"Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk gumpalan darah itu maka buruklah kesemuanya, ketahuilah bahawa gumpalan darah itu ialah hati"(hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sahabat semua, begitu hebat penangan hati ini, kan?

Kerana sakit hati, kita berbalah. Bergaduh. Bermusuh. Malah, ada yang sampai sanggup membunuh. Kerana terlalu mengikutkan hati, segalanya binasa. Punah iman. Punah akal fikiran. Kita bertindak di luar kawalan bila terlalu ikutkan hati. Bila hati kita menginginkan Cinta, bila hati kita inginkan dia, macam-macam lah kita lakukan. Sanggup meletak kan malu di luar kotak kehidupan kita. Dan akhirnya, tewas dengan tipu daya Syaitan Na'uzubillahminzalik.. Semoga kita dijauhkan dari kelompok hati yang sedemikian..


Kita semua ketahui, dari hati, maka datanglah cinta. Bila kita terpandang seseorang itu, maka hati kita akan berasa lain dari yang lain. Dari situ lah kita tahu bahawa hati kita cintakan seseorang. 

Saya percaya, ramai di antara kita yang pernah mengalami perasaan sedemikian. Jujur saya katakan, saya juga. Tidak terkecuali. Malah, amat menyedihkan, kerana saya biarkan saja hati itu terus di bawa "cinta". Terus dan terus gelap dan kotor. Tanpa ada sebarang penjagaan. Zahirnya, saya gembira. Gembira kerana saya punya "cinta hati". Bangga kerana kononnya saling mencintai. Itulah hakikat perasaan. Tetapi, Alhamdulillah..! Allah Maha Besar. Kuasa Allah sungguh hebat. Diri ini sedar bahawa Cinta itu bukanlah Cinta hati yang sebenar-benarnya Gembira secara zahirnya saja, tapi tidak pernah tenang dan tenteram secara batinnya. Sungguh. Ikhlas saya katakan, ikhlas saya kongsikan. !


Ingatlah..
Jatuh cinta itu fitrah,ingin bercinta itu fitrah,ingin dicintai itu fitrah..
Tapi, harus diingatkan..Jika fitrah itu dibawa dgn aliran yg betul,ia mulia..Jika dialir dgn aliran yg salah,ia hina..

Bila hubungan kita dengan Allah lemah, cinta lain akan terdahulu menguasai hati, hingga membuatkannya tanpa sedar menjadi sembahan kita. 
Na'uzubillah !

p/s: Hati-hati, kawan. Hati-hati menjaga hati. 

"Ya Rabbul Izzati... Bantulah kami untuk memelihara hati ini.. Kukuhkanlah hati kami untuk terus mencintaiMu hingga akhir nafas kami.. Berilah kami hidayahMu agar kami terus menjaga hati ini untu mencintaiMu..."



-HazwaniAnuar-
Created by : Ukhti Asrar Syauqina ^^





No comments:

Post a Comment