Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah :) |
بسم الله الرحمن الرحيم والسلام
Adik : Erm.. abang, boleh adik tanya sedikit?
Abang : Boleh. Silakan…
Adik : Adik sudah habis SPM, dan adik ada seorang kenalan perempuan.
Abang : Oh, jadi?
Adik : Jadi… erm, sebenarnya adik ada menaruh harapan
padanya. Kami sudah kenal hampir dua bulan dan dia sangat rapat dengan
adik. Bolehkan abang jika kami bercinta atas suka sama suka. Tiada
paksaan Dan adik mahu hidup berteman seperti rakan – rakan yang lain.
Abang : Boleh abang bertanya?
Adik : Silakan…
Abang : Kenapa perlu bercinta?
Adik : Sebab itu sebahagian daripada sifat manusia. Dan manusia memang perlukannya. Betul?
Abang : Betul. Tapi bagaimanakah dengan persiapan adik terhadap cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw?
Kami
terdiam dan soalan tidak berbalas dengan jawapan. Jawapan tidak diberi,
tidak mengapa. Apa yang pasti, pemahaman erti kehidupan perlu di sapa.
Biar sedikit, itulah titian – titian menuju ke bukit. ‘Broga Hills’
mungkin~
Cinta itu sifatnya fitrah.
Tidak boleh buang seperti sampah. Tetapi, silapnya cinta dipandang
‘enteng’ bagai sampah. Bila ditanya berkenaan cinta, bulat – bulat kita
kaitkan dengan asmara.
Asmaradana atau asmaramerana?
Bagi yang
sedang menjalinkan cinta dengan ikatan ‘tidak SAH’ seharusnya perlu
ditanya terlebih dahulu bagaimanakah dengan persiapan cinta kita
terhadap Allah swt dan Rasulullah saw? Kerana Allah swt dan Rasulullah
saw adalah yang pertama dan utama.
Imam Syafi’ berkata, “Bukankah kita sudah ikrarkannya (syahadah)?”
Sedarkah kita bahawa, lafaz syahadah adalah lafaz cinta.
Tandanya ialah, kita telah menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah dan
Rasulullah. Kita akan berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasulullah.
Bukan tidak boleh bercinta, tapi….
Bukan
tidak boleh bercinta, tapi… semak dahulu diri kita. Jika asyik bercinta
sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu dinamakan cinta?
Mari, muhasabah diri. Agar nanti, diri tidak kecundang seperti ‘gagak yang melepaskan tahi’. Mari perbaiki diri, kerana cinta bersifat suci.
‘Aku bercinta, tetapi solat, aurat aku memperlekehkannya.’
‘Aku bercinta, tetapi berkenaan keluarga aku tidak ambil peduli. Hati ayah dan ibu, sering aku sakiti.’
‘Yaa Allah, satukanlah kami. Jangan ada sesiapa yang menganggu kebahagiaan kami.’
‘Rinduku seperti oksigen yang dirimu sedut selalu.’
Ada yang
percaya dengan adanya usaha dan doa, Tuhan pasti akan terima. Tetapi,
ada juga yang tidak yakin dengan tuntutan – tuntutan Islam. Contohnya,
Allah swt menyatakan bahawa solat itu akan mencegah kita daripada
melakukan perkara yang mungkar.
Tetapi, kita buka minda sahaja. Sebaliknya hati dibiarkan tertutup.
Selain itu, Nabi Muhammad saw telah berpesan supaya kita berpuasa.
Tetapi, kita berpuasa kerana lapar dan dahaga sahaja.
Bagi yang menjalinkan ikatan cinta secara ‘tidak SAH’, umpakan hubungan cinta yang ‘tidak SAH’ itu seperti syubhat. Syubhat itu yang akan menimbulkan keraguan dan akan mengheret kita ke lereng – lereng neraka. Jadi, jaga – jaga!
Akhir
kata, nasihat ini bukan untuk membangga diri. Tetapi untuk bermuhasabah
diri. Hidup di dunia ini perlu hati – hati, tidak boleh ‘semberono’
mengikut kehendak diri. Jika mampu merasa nikmat cinta dunia, tetapi
tidak mampu merasa nikmat cinta Allah dan Rasul-Nya, pasti ada silapnya.
Selamat berbahagia.
Tulus dari,
-HazwaniAnuar-
Cinta Allah dahulu, baru Cinta manusia~
No comments:
Post a Comment